Hukum beramal dengan hadith Dhoief atau Lemah
Page 1 of 1 • Share •
Hukum beramal dengan hadith Dhoief atau Lemah
Beramal dengan hadith dhoif ada pendetailan hukumnya seperti berikut:
1. Telah menjadi kesepakatan ulama, tidak boleh beramal dengan hadith dhoif dalam persoalan akidah.
2. Kebanyakan ulama melarang beramal dengan hadith dhoief dalam persoalan hukum-hakam.
3. Adapun dalam persoalan fadho-il (kelebihan-kelebihan), tafsir, al-Maghazi dan sirah, kebanyakan ulama berpendapat harus dengan syarat hadith tersebut tidak bersangatan dhoiefnya atau perkara yang disebut di dalam hadith itu termasuk di dalam bab umum, dan ketika beramal dengannya kita tidak berkeyakinan kethabitan hadith tersebut, sebaliknya sebagai jalan berhati-hati sahaja.
Namun al-Imam al-Nawawi dan Mulla 'Ali Qariy (ملا علي قاري) menukilkan berlakunya kesepakatan ulama dalam keharusan beramal dengan hadith dhoief dalam perkara fadhail (kelebihan-kelebihan sesuatu) amalan. Akan tetapi telah diriwayatkan juga pendapat yang bertentangan dengan pendapat al-Nawawi dan Mulla 'Ali Qariy ini daripada sejumlah ulama seperti Abu Hatim, Abu Zur'ah, Ibn al-'Arabiy, al-Syaukani dan al-Albani.
Apabila hal ini sedemikian, maka hadith dhoief tidak boleh diamalkan dalam SEMUA bab secara mutlak.
al-Syeikh Dr. Abdul Karim bin Abdillah al-Khudair berkata: "Dan yang benarnya, hadith dhoief tidak diamalkan dengannya secara mutlak, selamamana sangkaan berat (para ulama hadith) tidak mengatakan ianya thabit dan tidak sampai ke darjat hasan lighairih.-----az

Admin- Admin
- Posts: 2
Join date: 2008-05-19

Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum